MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT UMPSA TAHUN 2025
- Marketing & Communication
- 2 days ago
- 1 min read
Alhamdulillah, pada 14 April 2025, UMPSA Holdings telah bersama sama menyertai Sambutan Aidilfitri Peringkat UMPSA Tahun 2025 anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertempat di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan.
Majlis diserikan dengan menampilkan amanat sulung daripada Naib Canselor UMPSA, Prof Dr. Yatimah Alias bagi tahun 2025, dengan tema “Minda Perkasa, Kekal Relevan”. Turut menghadiri majlis ini Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Encik Abdul Fauzi Japar bersama barisan pengurusan UMPSAH.
UMPSAH tidak ketinggalan menyajikan juadah sate sebanyak 10 ribu cucuk untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di antara keluarga UMPSA.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Kumpulan UMPSA Holdings.
Comments