SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KUMPULAN UMPSA HOLDINGS 2025: MERIAH LAIN MACAM
- Marketing & Communication
- 1 day ago
- 1 min read
Alhamdulillah, sambutan hari raya aildilfitri peringkat Kumpulan UMPSA Holdings telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 Mei 2025. Dengan tema ‘Raya Lain Macam’, antara kelainan yang dibawa dalam sambutan aildilfitri kali ini ialah setiap jabatan diberi peluang untuk menghidangkan makanan pilihan mereka di gerai masing-masing.
Jamuan raya kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Abdul Fauzi Japar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings dan barisan pengurusan Kumpulan UMPSA Holdings yang turut serta memeriahkan lagi sambutan hari raya UMPSAH kali ini.
Semoga dengan sambutan aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi ikatan di antara warga kerja UMPSAH. Insha Allah.
Comments