Unit Integriti & Governans (IGU) Kumpulan UMPSA Holdings pada 19 Disember 2024 telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Anti-Rasuah yang melibatkan penyertaan warga kerja di semua peringkat dalam Kumpulan UMPSAH.
✨ Tujuan utama taklimat ini adalah untuk:
✅ Meningkatkan kesedaran terhadap isu rasuah dan kepentingan mematuhi undang-undang.
✅ Memupuk nilai integriti, akauntabiliti, dan profesionalisme dalam kalangan kakitangan.
✅ Menyampaikan pengetahuan berkaitan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan langkah-langkah pencegahan rasuah.
💡 Dalam sesi yang interaktif ini, para peserta diberi panduan praktikal tentang cara mengenal pasti, mencegah, dan melaporkan sebarang bentuk salah laku yang berpotensi melanggar etika kerja dan undang-undang.
👏 Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen penuh dalam usaha bersama ini untuk menegakkan budaya kerja yang bersih dan telus.
🔎 Mari kita terus bersama-sama menyokong agenda #AntiRasuah, #IntegritiDiHati, dan #UMPSAHoldingsBersih demi masa depan yang lebih cemerlang!
Comments